Selasa, 26 Oktober 2010

KELUARGA BAHAGIA

MUQADDIMAH

 
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). Al-Hujurat : 13

ANAK ADALAH NIKMAT YANG BESAR
Semua manusia yang normal mahukan anak. Mahu mempunyai anak adalah fitrah semulajadi insan terutamanya seorang wanita. Anak adalah anugerah dan nikmat ALlah yang sangat besar dan tidak ternilai.

Mereka yang tidak punyai anak akan berusaha sedaya upaya untuk memperolehi anak walaupun terpaksa menghabiskan ribuan wang ringgit. Rumah yang tiada anak bagaikan sebuah rumah usang yang tiada cahaya dan hilang seri. Anak-anaklah penyeri rmah tangga. Tangisan anak-anak adalah muzik yang menghiburkan hati.

Mari kita lihat bagaimana ALlah memaparkan di dalam al-Quran kisah-kisah orang-orang yang telah lanjut usia dan mandul tetapi sangat inginkan anak.

Firman ALlah,

(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:" Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."] Aali Imran 35

PERKAHWINAN SEBAGAI JALAN PENYELESAIAN

Konsep Perkahwinan
a.Pada bahasa ‘nikah’ membawa maksud ‘berkumpul’ atau ‘bercampur’ dan mengikut istilah ‘aqad (ijab-qabul) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan dengan kalimah nikah , menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.

Asas Perkahwinan Dalam Islam
a.Takwa. Hanya perkahwinan yang berlandaskan ketakwaan kepada Allah, barulah perkahwinan itu akan memenuhi tuntutan syarak . Dengan itu perkahwinan menjadi ibadat dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Pernikahan itu adal
sunnahku maka barangsiapa yang tidak beramal dengan sunnahku
(perjalananku) bukanlah dia daripada golonganku".

b.Al-Mawaddah dan Ar-Rahmah. Perkahwinan ini juga hendaklah berasaskan Al-Mawaddah (berkasih sayang) dan Ar-Rahmah (kasih mengasihi) antara satu sama lain. Rumahtangga yang diasaskan atas rasa kasih sayang oleh ahli keluarga akan dapat memelihara kesejahteraan,ketenangan dan kebahagiaan rumahtangga.
c.Al-Mu’asyarah bil Maaruf. Pembentukan rumahtangga hendaklah diasaskan kepada pergaulan dan hidup bersama secara baik dan diredai Allah.
"Bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara
yang baik".Surah An-Nisa’ : ayat 19
d.Bertanggungjawab serta amanah. Sebuah perkahwinan hendaklah berasaskan kepada tanggungjawab sebagai suatu amanah ALlah bukan semata-mata kerana nafsu atau keseronokan.
Hikmah Perkahwinan

a. Dapat memberi ketenangan jiwa dengan berkasih sayang antara suami dan isteri serta dapat rahmat Allah dan menambahkan rezeki.
b. Dapat mengeratkan tali ukhuwwah islamiyah.

c. Dapat menghindarkan diri daripada melakukan perk-perkara yang keji dan mungkar seperti zina.
d. Dapat melahirkan zuriat yang suci.

e. Menambahkan lagi bilangan umat Islam.

f. Menambahkan pahala ibadat kepada Allah S.W.T.

g. Menjamin keharmonian masyarakat daripada gejala sosial dan lain-lain.

HARI RAYA 1431 H (2010)


RAYA PERTAMA DI RUMAH ISTERI (KAPAR, KLANG) 
 RAYA KETIGA -DIRUMAH  AYAHKU (SBK BERNAM)
 KELUARGA ABG ASRI
 KELUARGA NAIM
 KELUARGA KHALID
 SEBELUM SESI BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI
 KELUARGA ABG LATIF
 KELUARGA ABANG ISAM
 KELUARGA KAK TIPAH
 KELUARGA ADIK ATON
 KELUARGA ADIK ISAH
ADIK BONGSU... SITI AMINAH

# SEMOGA IKATAN SILATUR RAHIM BERKEKALAN...AMIN...

Isnin, 8 Mac 2010

ANAK-ANAKKU...PERMATA HATIKU...

Sebelum ke sekolah...HAZIQ(9 THN), FAWWAZ(6 THN),NAUROH(7 THN)


YA ALLAH! JADIKANLAH ANAK-ANAKKU INI..ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH ..SENTIASA MENTAATI ALLAH DAN MENINGGALKAN LARANGANNYA, MENGHORMATI KEDUA IBU BAPA, BERILMU DAN BERBAKTI UNTUK AGAMA DAN NEGARA......... AMIIN.

Selasa, 23 Februari 2010

4 PERKARA SEBELUM TIDUR

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau    tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,


2. Sebelum membuat aku memberimu syafaat untukmu di hari akhirat  nanti,


3. Sebelum para muslim meredhai kamu,


4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....


"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat  perkara seketika?" Rasulullah tersenyum dan bersabda : "Sebelum engkau hendak tidur bacalah :


Surah Al Ikhlas tiga kali. Amalan ini adalah seakan-akan kau mengkhatamkan Al-Qur'an.


Bacalah sholawat untukKu, maka aku akan memberi syafaat untukmu di hari akhirat kelak.


Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai
kamu. "Astaghfirullahalazim li wali waa lidaiya wali jami il muslimina wal
muslimat wal mukminina wal mukminat al ahya immin hum wal amwat ?


"Ampunilah aku ya Allah yang maha besar, kedua ibubapaku, semua muslimin dan  muslimat, mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah mati."


Dan, perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"


Kalau larat amalkan sekurang-kurangnya tiga kali. Selepas itu bacalah Bismillahirahmanirahim sebanyak 21 kali. Seterusnya bacalah doa sebelum tidur.


Adapun amalan rasulullah sebelum tidur itu membaca surah sajadah dan Al-Mulk sebelum tidur. Mengamalkan membaca suratul Mulk sebelum tidur akan membuat kubur kita, tempat semadi sementara menunggu akhirat, suatu tempat yang sejahtera dan terang-benderang. Sebagai suatu perlindungan eloklah kita amalkan membaca Ayatul Kursi dan 4 Qul semoga kita di jauhi dari gangguan manusia dan jin sewaktu kita tidur.


Sekian untuk ingatan kita bersama.

Sabtu, 20 Februari 2010

Program ARC bersama bekas pelumba ...Yasir Said

Program telah diadakan pada 24 Jan 2010 di DUN Bukit Melawati K.Selangor

Jumaat, 19 Februari 2010

RABIUL AWWAL BULAN KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW

- 12 Rabi’ul Awal hari Isnin tahun gajah merupakan hari kelahiran RasuluLlah saw.


-Yang mula-mula  sambut kelahiran Baginda saw ialah Abu Lahab sehingga sanggup menyembelih beberapa ekor unta dan memberikan seorang hamba abdi menyusukan Nabi saw yang bernama Thuwaibah.

-Yang mula-mula  lawan kerasulan Baginda saw ialah Abu Lahab juga.

{ Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama! Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang. Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal. } AL-Masad : 1 - 5
- Apakah tanda-tanda yang kita cinta dan kasih kepada nabi Muhammad saw?. Cukupkah dengan berarak ke hulu ke hilir dengan membawa sepanduk dan berselawat beramai-ramai. Kita tidak menafikan bahawa ALLah suruh berselawat…..

{Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. } al-Ahzab : 56


TETAPI INGAT!! Jangan sampai Nabi Muhammad saw dilupa dan diabaikan sebagaimana sepanduk dibuang sehabis perarakan itu.

Selasa, 16 Februari 2010

Semua Manusia Adalah Pemimpin

Pemimpin dalam Islam ialah setiap orang yang diberikan tanggungjawab. Seorang manusia sekurang-kurangnya bertanggungjawab memimpin dirinya sendiri, maka dia adalah pemimpin. Ayah sebagai pemimpin keluarga, pengetua pemimpin sekolah, perdana menteri pemimpin negara begitulah seterusnya.


Sabda Nabi saw, كلكم راع وكل راع مسؤول عن رعيته
Maksudnya, “ Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin itu bertanggungjawab mengenai yang dipimpinnya”. Bukhari & Muslim