Selasa, 23 Februari 2010

4 PERKARA SEBELUM TIDUR

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau    tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,


2. Sebelum membuat aku memberimu syafaat untukmu di hari akhirat  nanti,


3. Sebelum para muslim meredhai kamu,


4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....


"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat  perkara seketika?" Rasulullah tersenyum dan bersabda : "Sebelum engkau hendak tidur bacalah :


Surah Al Ikhlas tiga kali. Amalan ini adalah seakan-akan kau mengkhatamkan Al-Qur'an.


Bacalah sholawat untukKu, maka aku akan memberi syafaat untukmu di hari akhirat kelak.


Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai
kamu. "Astaghfirullahalazim li wali waa lidaiya wali jami il muslimina wal
muslimat wal mukminina wal mukminat al ahya immin hum wal amwat ?


"Ampunilah aku ya Allah yang maha besar, kedua ibubapaku, semua muslimin dan  muslimat, mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah mati."


Dan, perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"


Kalau larat amalkan sekurang-kurangnya tiga kali. Selepas itu bacalah Bismillahirahmanirahim sebanyak 21 kali. Seterusnya bacalah doa sebelum tidur.


Adapun amalan rasulullah sebelum tidur itu membaca surah sajadah dan Al-Mulk sebelum tidur. Mengamalkan membaca suratul Mulk sebelum tidur akan membuat kubur kita, tempat semadi sementara menunggu akhirat, suatu tempat yang sejahtera dan terang-benderang. Sebagai suatu perlindungan eloklah kita amalkan membaca Ayatul Kursi dan 4 Qul semoga kita di jauhi dari gangguan manusia dan jin sewaktu kita tidur.


Sekian untuk ingatan kita bersama.

Sabtu, 20 Februari 2010

Program ARC bersama bekas pelumba ...Yasir Said

Program telah diadakan pada 24 Jan 2010 di DUN Bukit Melawati K.Selangor

Jumaat, 19 Februari 2010

RABIUL AWWAL BULAN KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW

- 12 Rabi’ul Awal hari Isnin tahun gajah merupakan hari kelahiran RasuluLlah saw.


-Yang mula-mula  sambut kelahiran Baginda saw ialah Abu Lahab sehingga sanggup menyembelih beberapa ekor unta dan memberikan seorang hamba abdi menyusukan Nabi saw yang bernama Thuwaibah.

-Yang mula-mula  lawan kerasulan Baginda saw ialah Abu Lahab juga.

{ Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama! Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang. Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal. } AL-Masad : 1 - 5
- Apakah tanda-tanda yang kita cinta dan kasih kepada nabi Muhammad saw?. Cukupkah dengan berarak ke hulu ke hilir dengan membawa sepanduk dan berselawat beramai-ramai. Kita tidak menafikan bahawa ALLah suruh berselawat…..

{Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. } al-Ahzab : 56


TETAPI INGAT!! Jangan sampai Nabi Muhammad saw dilupa dan diabaikan sebagaimana sepanduk dibuang sehabis perarakan itu.

Selasa, 16 Februari 2010

Semua Manusia Adalah Pemimpin

Pemimpin dalam Islam ialah setiap orang yang diberikan tanggungjawab. Seorang manusia sekurang-kurangnya bertanggungjawab memimpin dirinya sendiri, maka dia adalah pemimpin. Ayah sebagai pemimpin keluarga, pengetua pemimpin sekolah, perdana menteri pemimpin negara begitulah seterusnya.


Sabda Nabi saw, كلكم راع وكل راع مسؤول عن رعيته
Maksudnya, “ Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin itu bertanggungjawab mengenai yang dipimpinnya”. Bukhari & Muslim